aku selalu marah kerana aku telalu menjaga ko
aku selalu tengking kerana aku terlalu sayangkan ko
tapi kenapa ko tidak mengerti?
kenapa ko tidak paham?
ko bukan manusia lain yang sering aku hiraukan,
yang selalu aku perbodohkan.
ko adalah darah daging aku sendiri.
aku ulang.
darah daging aku.
ko tidak perasan ke semua tuh?
kenapa ko terlalu mengikut hati dan perasaan?
kenapa ko biarkan diri ko hanyut dengan keseronokan di luar sana?
aku hidup dari ko adik.
aku suda merasa segala galanye.
cukup lah hanya aku seorang yang pernah rosak ketika dahulu.
tidakkah ko sedar dunia sekarang kejam.
begitu kejam.
sampaikan sanggup membunuh manusia sesame manusia sendiri.
mereka hanya bertopengkan manusia tetapi berhati syaitan.
aku tidak akan sesekali benarkan
perbuatan kejam dan sial itu berlaku pada ko adik.
aku tidak akan benarkan!
ko tahu setiap kali ko tiada di depan mate aku.
aku tercari cari.
tertanya tanya.
hati aku berkate ape yg terjadi pada ko sekarang.
baik ke ko?
selamat ke ko?
cuba ko berada di tempat aku adik
tuhan saje lah yang tahu hati dan perasaan aku pada mase itu.
aku tahu aku gagal menjadi kakak yang terbaik untuk ko adik.
memang,memang aku susah tunjukkan kasih sayang aku pada ko adik.
tetapi aku mencuba dan terus mencuba
aku tidak kisah jikalau ko bermasam muka,
berdendam sampai tidak mahu menegur
aku tidak mintak ko berterima kasih atao menghargai aku adik.
aku cuma..
*terdiam sekejap
aku paham.
aku juga seperti ko dulu adik ketika mak masih ada.
sekarang mak da pergi jauh dari kita.
die da tinggalkan kita.
tapi kita ada abah.
abah masih perlukan kita.
jangan lah ko cuba mendatangkan masalah pada abah.
terasa hiba bila aku lihat abah berhempas pulas bekerja siang malam
untuk cuba penuhi keperluan kita yang kadang kadang terasa melampau
bodoh!
cuba bayangkan kalau abah pergi tinggalkan kita satu hari nanti.
dan tidak kembali seperti hari hari biasa.
merempat di jalanan mungkin?
kebuluran mungkin?
tidak boleh hidup mungkin?
cukup!
aku sedih.
aku tidak sanggup.
cukuplah semua itu.
kita tiada sape sape di dunia ini selain abah,adik.
walaupun mak masih bernyawa tetapi die seolah olah tidak wujud pada kita.
*rase berdosa sambil mengalir air mata.
adik
maap aku jadik sebegini sebabkan ko adik.
walau tangan aku ditetak hampir putus sekalipun
aku tetap kuat tidak akan lepaskan gengaman tangan aku dari ko adik.
ingat sampai mati adik.ingat!
sebab aku kakak.
*menarik nafas lega.tersenyum seorang diri.
*untuk adik aku Nor fatin syazwana binti Amirudin
2 comments:
adesss
kalau syer jdi adik anda
terharu ouhh
:)
oh thnx
Post a Comment